Monday, January 19, 2009

I'JAZ ILMI

OLEH: IBNU NAJIB

Semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdiri daripada sel, samada unisel seperti ameba ataupun multisel seperti manusia. Sel pula terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran/dinding sel. 75% kandungan sel (sitoplasma) adalah terdiri daripada air. Oleh yang demikian, para saitis membuat kesimpulan, bagi sesuatu benda hidup itu hidup maka ia memerlukan air.

Para ahli astronomi pula akan memastikan terlebih dahulu kewujudan air di satu-satu planet bagi membuktikan bahawa wujudnya kehidupan (benda hidup) di planet tersebut. Jika di sana ada air, maka besar kemungkinan ada benda hidup di situ.
Kesimpulannya, air merupakan perkara asas kepada benda hidup. Perkara ini telah dijelaskan oleh ALLAH swt kepada RasulNya Muhammad saw dalam al Quran lebih 1400 tahun yang lalu.

Firman ALLAH: "Dan dari air, Kami jadikan semua benda hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga mau beriman?" (Surah Al-Anbiya: 30)
Bagaimanakah Nabi Muhammad saw mengetahui hakikat tersebut sedangkan saiz setiap satu sel tidak lebih daripada 0.00001mm dan para saintis pula hanya mencipta mikroskop pada awal kurun ke-18???

Ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw benar-benar seorang Rasul yang diutus oleh ALLAH swt dan al Quran pula benar-benar merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada Baginda saw. Ia juga membuktikan kepada kita bahawa segala benda hidup diciptakan oleh Pencipta yang sama (Allah), kerana asas kejadian semua benda hidup adalah sama iaitu AIR, sekaligus memberitahu kita sesungguhnya Allah Maha Esa dan tiada tuhan melainkan Allah. Maka mengapakah kita tidak juga mau beriman? W/a.

No comments: